Saturday 18 May 2013

Rahsia Resepi KFC, Bagaimana Ia Disimpan?

Tahukah anda, dalam dunia ini hanya dua eskekutif KFC sahaja yang tahu
resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat
pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah
tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan
rempah ratusnya didedahkan.



Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan
Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa
tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal
perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi
itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.



Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa
orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian
kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang
William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama:
garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat.



KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.



Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville
setelah ianya pernah dipindahkan pada September tahun sebelumnya.



Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan
mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata
tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden
KFC, Robert Eaton pernah berkata



“This recipe has amazing global importance and the reason is that you
could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets
that are housed in a single packet, in a single form,”



Macam persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda
seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin
mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?



“We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks
two feet thick,” Dietl said. “We put in motion sensors also CCTV that’s
hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs,
so in the amount of 30 seconds you’ll have somebody up here. Once in
here, you have to have two people with two keys and two different PIN
numbers, and that’s what you have to have. This safe is bolted down and
there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing
about it.”



Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.



Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta
2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya.
Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding
dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam.
Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut
diupah untuk menjaga kawasan itu.

No comments:

Post a Comment