Friday 31 May 2013

Apa dosa anak saya?





"Apa dosa anak saya?" demikian luahan bapa kepada remaja perempuan, Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, di sini, kelmarin, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.



Mohamad Sahak, 58, berkata, walaupun reda dengan takdir, dia tetap mahu tahu mengapa anak kesayangannya itu diperlaku sebegitu.



"Saya mahu tahu siapa pembunuh Aimi dan apa motifnya. Saya harap pembunuh anak saya ditangkap dan terima pembalasan dengan segera," katanya.



Dia kelihatan masih trauma ketika bercakap kepada pemberita yang menemuinya di rumahnya di Taman Desa Ayer Molek, di sini, semalam.

Katanya, sejak Aimi Hamizah, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pulang ke rumah Isnin lalu, dia dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, seperti tidak tentu arah dan sentiasa berada dalam keadaan bimbang.



Mohamad yang merupakan pekerja kilang lebur besi di Merlimau berkata, anak tunggal perempuannya itu sangat manja dan rapat dengannya.



Anaknya sempat berbuka puasa dengan isterinya Isnin lalu, mencium tangan mereka berkali-kali sebelum keluar untuk mengaji al-Quran.



“Arwah puasa ganti dan dia ada ajak saya berbuka puasa sekali, tapi saya tak mahu sebab tidak berpuasa.



“Sebelum keluar rumah pergi mengaji pula dia salam saya berkali-kali dan sempat mencium ibunya. Selalunya dia akan salam dua, tiga kali, tapi kali ini berkali-kali pula,” katanya.



Mohamad berkata, dia bersama anak lelaki serta beberapa rakan anak lelakinya kemudian terus mencari mangsa selepas tidak pulang ke rumah hingga 10 malam.



“Sehingga hari Selasa Aimi masih tak balik-balik, jadi kami pergi buat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, kira-kira jam 10.45 malam.



“Keesokannya (Rabu), saya rasa tak sedap hati setelah polis datang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan memaklumkan bahawa mereka ada jumpa mayat seorang remaja perempuan dan meminta saya untuk membuat pengecaman,” katanya.



Menurutnya, dia dan isterinya, serta dua anak lelaki, Abdul Mutalib, 20, dan Abu Sufian, 17, bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira empat kilometer untuk buat pengecaman.



“Semasa di tempat kejadian, saya tak mampu buat pengecaman kerana masih terkejut, namun dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki bahawa mayat remaja perempuan itu adalah Aimi berdasarkan pakaian dan barang kemas yang dipakainya,” katanya.



Tambah Mohamad, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya meninggal dunia dalam keadaan demikian.



Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang kelmarin.

No comments:

Post a Comment