Tuesday 25 June 2013

PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Kami mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.

Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun.Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

Dalam bulan Jun ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong oleh beberapa Kementerian/Jabatan. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan-jawatan di bawah tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 30 Jun 2013 (Ahad) jam 11.59 malam.

1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA 29
(Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
- 300 Kekosongan

2. Pembantu Ehwal Islam Gred S17
(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
- 100 kekosongan

3. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
- 37 kekosongan

4. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17
(Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)
- 17 kekosongan

5. Pembantu Penerbitan Gred N17
(Jabatan Penerangan Malaysia)
- 30 kekosongan

6. Pegawai Bomba Gred KB17
(Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)
- 103 kekosongan

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas boleh diperolehi melalui

Anak Perempuan Akhil Hayy Jadi Penyanyi Pop


Deanna Sofea membuat persembahan di acara Live Debut Showcase Kat Hassan, seorang protege Siti Nurhaliza dalam program Mentor.
Single anak Akhil Hayy tersebut berjudul Cinta Tak Harus Milikmu ciptaan Manusia Putih.

Malah, dia turut bergandingan dengan Kat Hassan menerusi beberapa lagu duet iaitu Mencintaimu serta Gerimis Mengundang.

Deanna merupakan anak bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal bersama bekas suami pertamanya. Deanna juga punya seorang lagi adik kandung dari bapa yang sama iaitu Daniel Arif.

Manakala 4 lagi adik adalah menerusi perkahwinan ibunya (Maiza) dengan Akhil iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, Muhamad Shakir Hidayahtullah, Muhamad Shariff Hidayatullan dan Siti Nur Maisarah.

Monday 24 June 2013

Gadis Berbulu Mata Sampai Ke Dada

Gadis ini mengalami pertumbuhan yang berlebihan pada bulu matanya akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakannya.

Ramai orang menyangkakan bahawa ini adalah berita rekaan, namun sebenarnya ini adalah kisah benar yang benar-benar berlaku.


P/S Bulu lain tak tau la an,,

Saturday 22 June 2013

Shila Amzah Lalui Pengalaman Dipinggirkan Kerana Bertudung


Penyanyi Shila Amzah mengakui tidak mempunyai ramai kenalan ketika mula-mula menetap di Shanghai, China sehingga menyebabkan dia rasa terpinggir dan hidup sunyi.

Shila, 23, berkata, perkara itu terjadi disebabkan ada di antara mereka yang takut untuk berkawan dengannya kerana penampilannya yang bertudung.

"Masa mula-mula berada di Shanghai memang saya tidak ramai kawan kerana mereka takut untuk mendekati saya yang bertudung sehingga menyebabkan saya rasa terpinggir.

"Oleh sebab itu juga saya terpaksa 'ringan mulut' dengan menegur orang-orang di sana supaya mereka tidak salah faham hanya kerana imej saya bertudung," jelasnya.

Tambah Shila, dia juga banyak menceritakan mengenai agama Islam dan budaya orang Melayu kepada kenalan baharu sehinggalah mereka mula mesra dengannya.

"Alhamdulillah saya sekarang semakin ramai kawan di Shanghai dan jika mempunyai masa terluang kami akan menghabiskan aktiviti bersama-sama di taman tema dan mereka sangat baik dengan saya," katanya.

Pun begitu, Shila mengakui pernah berasa tertekan tinggal bersendirian di negara itu sehingga menyebabkan dia beberapa kali menangis selain bebanan kerja daripada pihak pengurusannya.

Shila bagaimanapun berkata, dia bersyukur apabila mempunyai seorang pembantu peribadi yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan setiap kali mempunyai masalah kerja atau rindukan keluarga di Malaysia.

"Beberapa kali saya menangis kerana tekanan kerja yang terlalu kuat daripada pihak pengurusan di sana tetapi apabila mengalirkan air mata saya jadi lega.

"Saya bertuah ada pembantu peribadi yang boleh saya kongsi masalah dan dia sentiasa menjadi pendengar setia," katanya.

Bagaimanapun kata Shila, tekanan itu tidak membuatkan dia berputus asa membina kerjaya di sana sebaliknya pengalaman itu membuatkan dia lebih tabah dalam mengharungi cabaran.

"Kejayaan itu tidak datang dengan mudah dan kita perlu berusaha keras. Saya tidak berputus asa cuma kadang kala berasa tertekan kerana berada jauh daripada keluarga," katanya.

Dalam perkembangan lain pihak pengurusannya telah memberikan Shila beberapa tugasan tertentu untuk dilaksanakan sebelum dia muncul dengan album sulungnya nanti.

Jelas Shila, selain perlu menurunkan berat badan, dia perlu belajar bahasa Mandarin dan lagu baharu untuk mengadakan persembahan yang telah diaturkan.

"Malah saya perlu belajar lagu opera berjudul Time to Say Goodbye untuk persembahan dan ia satu cabaran buat saya kerana tidak pernah cuba menyanyikan lagu genre berkenaan,” katanya yang bakal melancarkan album berbahasa Melayu kelima dalam masa terdekat dan album Mandarin pada bulan Ramadan nanti.

Wednesday 19 June 2013

Pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas kem - bayi meninggal dunia


MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.

Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.

"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Tuesday 18 June 2013

Keayuan Emma Maembong di Malam Anugerah Blockbuster 2


Seorang lagi artis yang cantik jelita dan sekarang ini hangat diperkatakan apabila mempunyai (gosip) hubungan dengan Zizan Razak.

Fesyen yang menarik serta menyerlahkan keayuan beliau, mari kita lihat cantik dan jelitanya Emma Maembong pada malam Anugerah Blockbuster 2 tersebut.


[VIDEO] Penganut Syiah Di Malaysia Melakukan Ibadat



Saksikan bagaimana penganut Syiah di Malaysia melakukan ibadat/bersolat.

Markas mereka dikatakan terletak di Klang,Selangor.