Saturday 18 May 2013

David Beckham umum persaraan

Pemain bola sepak terkenal, David Beckham mengikut jejak langkah bekas
pengurusnya di kelab Machester United, Sir Alex Ferguson dengan
mengumumkan berita persaraannya semalam.



Selepas 21 tahun berkecimpung dalam dunia bola sepak, Beckham
memberitahu dalam satu temubual eksklusif bersama Sky Sports News, dia
merasakan sudah tiba masa untuk dia pergi.




david beckham bersara

 "Selama ini saya seringkali melihat pemain bersara. Apabila anda
bertanya, mereka berkata, 'anda akan tahu bila anda sudah bersedia'.
Saya rasa saya tahu bila saya dah bersedia.



"Ianya sangat sukar kerana saya masih merasakan saya mampu bermain di
peringkat yang lebih tinggi. Tapi saya sentiasa berkata saya mahu lebih
daripada itu," ujarnya.



Beckham, 38, turut mengakui adakalanya sukar apabila kehidupannya
sebagai selebriti seringkali membuatkan karier bola sepaknya tenggelam.



"Kadangkala orang melihat perkara lain yang berlaku sepanjang karier
saya, sehingga ada yang menenggelamkan apa yang saya lakukan di padang.



"Walaupun saya sering berkata ianya tidak mengapa, tetapi pasti ia memberi kesan," tambahnya lagi.



Beckham yang pernah bermain dengan kelab-kelab terkemuka seperti
Manchester United, Real Madrid, AC Milan dan Los Angeles Galaxy telah
menolak tawaran tambahan tempoh setahun daripada kelabnya sekarang,
Paris Saint-Germain.



Walaupun bakal bersara akhir musim ini, suami kepada Victoria Beckham
ini dikatakan akan terus aktif sebagai jurucakap produk untuk jenama
seperti sebelum ini iaitu Diet Pepsi, Samsung dan Marks & Spencer.



Malah bekas ketua pasukan England ini juga akan turut memberi sokongan
kepada karier isterinya itu yang mempunyai koleksi minyak wangi dan
rangkaian fesyen sendiri.



Pasangan ini telah berkahwin sejak tahun 1999 dan mempunyai empat orang
anak iaitu Brooklyn, 14, Romeo, 10, Cruz, 8, dan Harper, 21 bulan.





Selain karier sebagai pemain bola sepak, David Beckham turut bergerak aktif sebagai model dan jurucakap produk.

No comments:

Post a Comment