Wednesday 12 June 2013

Semua Tentang Fasha Sandha Mesti Jadi Isu – Kali Ini Fasha ‘Lambung’ Rayfal Pula


Pasal artis semua orang nak ambil tahu. Yang terjadi belakang rumah tu tak ada sesiapa kisah. Apapun dah namanya artis mesti ramai yang ikuti perkembangannya. Artis ni ibaratkan idola la juga dimana perbuatannnya, kelakuannya, penampilannya dan sebagainya yang bakal menjadi ikutan peminat mereka.

Sebelum ini kecoh dengan Fasha Sandha tidak memakai stokin semasa dalam pantang dan cara Fasha Sandha memandikan bayinya, kali ini kecoh pula Instagram Fasha Sandha apabila ada peminatnya bersoal-jawab berkenaan isu Fasha Sandha melambung atau mengangkat tinggi bayinya pula.

Ada yang kata tak boleh, ada pula yang kata tak kisah dah tu anak dia. Semuanya tahu Fasha Sandha semestinya mahukan yang terbaik buat anak sulungnya itu Putera Rayfal. Jadi mana yang tidak kena tu mereka sekadar beri pandangan dan nasihat jer. Jika Fasha nak ikut maka dia ikut, kalau tak buat apa nak gaduh sakan kat situ.

No comments:

Post a Comment