Monday 17 June 2013

“Man Of Steel” Filem Sinematograpfi Terbaik Tahun Ini


FILEM “Man of Steel” baru sahaja ditayangkan di panggung dua hari lepas dan kini menjadi filem perbualan paling hangat di antara peminat seluruh dunia.

Filem terbitan Christopher Nolan bersama Zack Snyder kali ini benar-benar menakjubkan dan membuat jalan cerita filem “Superman” kali ini sempurna daripada awal hingga akhir cerita.

Di mana bermula dengan lahirnya Kal-El di planet asalnya Kpyton sehinggalah dia menewaskan musuh planetnya Jeneral Zod.

Kal-El iaitu satu-satu bayi yang dilahirkan di planet Krypton sejak beribu tahun mereka menghasilkan klon untuk generasi mereka telah dihantar ke Bumi oleh ibubapanya kerana kiamat yang menimpah di planet mereka.

Sejak itu, Kal-El dibesarkan oleh sepasang suami isteri baik hati yang tidak mempunyai anak dan mereka juga pengusaha ladang di Smallville, Texas.

Diberi nama Clark Kent dan dibesarkan di persekitaran yang berbeza dengan keadaan badan dia sehingga menyebabkan dia menjadi ejekan dan mangsa buli di sekolahnya.

Semenjak kematian ayahnya, Clark Kent membuat keputusan untuk mencari identitinya yang sebenar sehinggalah dia berjumpa dengan Louis Lana seorang pemberita dan ayahnya di kapal layar ayahnya yang terdampar di dalam glasier selama puluh beribu tahun.

Dia juga mendapat jawapan yang dia mencari selama ini dan membuat keputusan untuk menjadi pelindung kepada planet bumi walaupun ditentang oleh General Zod dan manusia sendiri.

Superman kini muncul dengan “suit” rekacipta baru.
Dibarisi oleh Henry Cavill (Clark Kent/Superman/Kal-El), Amy Adams (Lois Lane), Michael Shannon (General Zod), Kevin Costner (Jonathan Kent), Diane Lane (Martha Kent), Laurence Fishburne (Perry White), Russel Crowe (Jor-El) dan Antje Traue (Faora), cerita ini benar-benar menghuraikan siapa sebenarnya watak “Superman” ini.

Walaupun cerita ini ditayangkan hampir 2 Jam setengah, tetapi berbaloi kerana filem “Man of Steel” mempunyai jalan cerita yang hampir sempurna dan sinematografi serta CGI effect yang sangat hebat seperti filem John Carter dan Star Wars.

No comments:

Post a Comment