Sunday 16 June 2013

Elfira Loy Belum Ada Kekasih?


Nak percaya susah, tak percaya pun susah. Lagipun kenyataan ini dikeluarkan dari mulut Elfira Loy sendiri. Jelas Elfira dalam satu laporan berita hiburan, dia belum ada kekasih.

Kata Elfira lagi, dia tidak pernah bercinta sejak umur 12 tahun lagi kerana sibuk bersekolah. Namun Elfira akui kini antara kawan lelaki yang rapat dengannya adalah Zoey, Dafi dan Hairul Azrin.

El tak pernah bercinta. Sejak umur 12 tahun sibuk sekolah dan berlakon hinggalah sekarang. Emak selalu temankan El. Masa lapang bersama keluarga. Lelaki yang menjadi kawan baik El ialah Zoey, Dafi dan Hairul Azrin.

No comments:

Post a Comment