Tuesday 11 June 2013

Nora Danish teringin tambah anak


Pelakon, Nora Danish mengakui dirinya amat rindu untuk mempunyai anak lagi selepas empat tahun melahir putera tunggalnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Beliau bagaimanapun tidak menetapkan jangka masa tertentu untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahkan jodohnya kepada Allah.

“Nora pernah berkahwin jadi tidak perlu Nora runsing dan kali ini biar Nora fokus kepada kerjaya... Insya-Allah apabila dibukakan pintu hati untuk menemui orang baru apa salahnya.

“Malah, Nora pun tidak ada menetapkan umur tertentu untuk berkahwin, tetapi sememangnya rindu sangat mendapat anak lagi kerana Rayqal pun sudah empat tahun,” katanya selepas Pelancaran Krim Mandian Ulung Fruitale FairWhite UV, di sini, semalam.

Beliau yang sebelum ini cukup dikenali dalam drama sitkom Puteri berkata, dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti serta program Ramadan dan Aidilfitri.

Pada masa sama, Nora berkata, beliau juga sedang menunggu filem terbarunya untuk menemui peminat tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment